Monday, November 8, 2010

Disposable liner utk simpan ebm

Masa susukan damia dulu, saya tak pernah guna liner utk simpan stok susu. Sebabnya hanya satu. SAYANGGGG dengan titisan susu yg melekat kat plastik tu. Maklumlah dulu hanya kais pagi ni dapatlah bekalkan makanan utk damia esoknya. Paling getir, pernah juga kais pagi makan tengah hari. Memang sangat sadis. Huhuhu..
Alhamdulillah dengan berbekalkan pengalaman pahit-suka-duka yg lepas, kali ni proses penyusuan utk adik damia lebih berjaya. Dan demi meneruskan pertarungan siapa stok ebm lagi banyak dengan mio, saya menyahut seruannya utk menggunakan liner. Sebab utama, taknak bazirkan duit utk tambah botol2 storage dan ruang dalam freezer. Sekrg ni deep freezer penuh dan freezer peti ais pun dah sarat. Kalau guna bekas dadih @ botol2 susu, confirm kami takde bekalan bahan mentah dah.
**pic fr fabmom.
Ok, ni dia liner yang bakal digunakan. Jenis JINGLE JUNGLE. Banyak sangat jenis yang ada kat pasaran, pening den nak pilih yang mana satu. Cuma yang pastinya saya pilih yang ziplock, senang! First time nak guna ni banyak jugak persoalan. Persoalan utama. mudah tumpah ke guna liner ni. Takut juga kan. Hmm... harap2 taklah. Liner tu beli dekat sini. Ada sale, beli twin pack (25 pcs X 2)dapat harga RM20.60. Memang murah sangat2 laaa berbanding beli botol. Ye laaa.. plastik pakai buang kan, kalau mahal jugak baik beli botol je. Boleh simpan dan guna utk anak yg seterusnya.(??). Wallahua'lam.

2 comments:

Suliana said...

hi!!

pernah guna plastic ni, tapi kena pilih yang elok skit, yg ada ziplock ok, klu yg tak de tu, nak kena cari getah la, nipis plak tu :-)

Unknown said...

hi...

mmg beli yg ziplock sbb tkut tumpah... tp hasilnyee... tumpah gak aritu... baringkan plastik tu.. abes peti ais... dia cam bocor sikit2...huhuh

Blog Widget by LinkWithin