Tuesday, January 26, 2010

Sungguh seksa

...bila sakit tekak dan batuk tapi tak makan ubat.
Perit tekak dah hampir seminggu tapi saya tak makan pun antibiotik yg doc bagi. Doc memang kata selamat utk dimakan time pregnant tapi kawan sy yg pharmacist pulak ckp 50% je selamat. Last2 saya tak makan pun. Hanya bertahan dengan air asam jawa dan madu+limau. Tapi sehingga hari ni masih lagi tak baik2. Huhuhu. Apa lagi petua2 tradisional yg buleh saya buat tanpa menelan ubat nih....




Sunday, January 24, 2010

Episod akhir CINTA BALQIS

Saya sedang BERSIAP SEDIA utk melihat episod akhir CINTA BALQIS yg ditayangkan semula di TV3. Semasa tayangan sebenar hari tu sy tak dapat mengikutinya kerana balik lambat. Walaupun dah tahu apa kesudahannya, sy tetap nak tengok jugak.:P

Nota tangan saya : Tak boleh diam2 ngadap TV je, tangan mesti lipat baju yg menggunung. Barulah rasa tak membazir masa.(^_<)

Saturday, January 23, 2010

Al-fatihah utk Almarhum Sultan Johor

Semoga roh Almarhum digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman. Insya Allah.
-Al-fatihah-

Tuesday, January 19, 2010

Alasan kenapa blog sunyi sepi :P

Alhamdulillah...
........07012010..............

Insyaallah, Ogos 2010 (EDD : 24082010) nanti damia akan bergelar kakak. Moga2 segalanya dipermudahkan. Insyaallah.

Nota tangan saya : Ini adalah salah satu sebab blog saya lebih sunyi sepi dari biasa (wpun biasa2 taklah meriah dan terupdate sokmo). <--alasan ni boleh terima kan? hormon saya kata, BOLEH!

Friday, January 15, 2010

Sunyi sepi

Mohon maaf kerana lama sungguh blog ini tak terupdate. Sekarang ni saya mengalami sindrom
  1. 'M' yg amat besar!  :P
  2. tido awal dan bangun ngam2 utk pergi keje..... mengantuk yg amat dahsyat!! :(
Walaubagaimanapun sy tetap berkunjung ke 'rumah' kawan2 yg sy boleh terjah kat ofis di waktu2 rehat @ waktu 'ular'kan (ssshhhh) diri, yang mana kena block tu mmg langsung takleh nk terjahlah. :(


Tuesday, January 5, 2010

Kamera Canon Powershot S3 IS utk dijual (SOLD)


Kepada yg berminat, silalah ke http://ezykaimono.blogspot.com/ utk keterangan lebih lanjut.

Sunday, January 3, 2010

Eksperimen dgn ESSENTIALS

Baca sana sini, katanya ESSENTIALS ni boleh kurangkan bersin2 di pagi hari utk penderita resdung. Encik suami mmg tiap2 hari tak sah kalau tak bersin2 di pagi hari ni. Dulu masa kat rumah lama, siap boleh bertanding bersin dengan org belakang rumah. Hehe.. Org belakang rumah pun kuat bersin jugak di pagi hari.
Minggu lepas kami telah memulakan edisi eksperimen selama sebulan ni. Encik suami ni adalah jenis yg tak percaya sangat dengan produk2 di pasaran wpun isterinya dah berbuih mulut terangkan macam2. Penerangan saja tak cukup kan, jadi kesimpulannya kenalah beliau melalui eksperimen selama sebulan ni. Nanti sy akan update keberkesanannya selepas dah habis tempoh eksperimen ni.

Info ttg ESSENTIALS ni akan saya kongsikan di entry yg lain ye nanti. Kitab USANA tak bawak ke KL pun, takleh nk share lagi info2 psl ESSENTIALS ni.

Nota tangan saya : Setakat 2 minggu ni belum ada tanda2 kurangnya bersin atau serangan resdung, makin banyak bersin adalah. Mungkin ini adalah healing process dia. Saya pun ada ambik jugak ESSENTIALS ni, rasa cam tekak dok berkahakk aje.


Berkampung di KL

Sudah hari ke 2 kami berkampung di rumah kakak2 dan kakak ipar saya di KL. Agenda kali ini adalah
  1. Melihat anak2 saudara yg dilahirkan pd tahun lepas iaitu Muhammad Zafran dan Aidil yg masih lagi belum cukup 60 hari.
  2. Menghadiri majlis hari jadi anak saudara yg berusia setahun dan 2 tahun (beza umur adik n kakak ngam2 setahun).
  3. Jumpa besfren utk chitchat2 dan hantar tudung berbeg kertas pink yg dikirimnya.
  4. Jalan2 ukur IKEA --nampak gayanya mcm kena cancel je ni. Macam dah kekurangan masa nk pergi.

Pindah...

Bukan saya yg pindah rumah... kan sy dah pindah dah 4-5 bulan yg lepas (tapi rumah still macam baru pindah jerk.. ngeeee).
Ni ttg tanaman2 saya dah dipindahkan ke tanah. Tapi nampak macam pokok kari saya ala2 merajuk je. Pucuknye tak keluar pun sejak dipindah kan ke tanah 3-4 minggu yg lalu. Atau sbb saya kurang manjakan ia atau terlupa letak baja. :P

Pokok kari yg pucuknya seperti merajuk tak keluar2 sejak dipindahkan ke tanah.

Pokok pandan ok je. Dah beranak 2 dah, jadi 3 beranak.

Pokok halia yang kecil molek. Taktau lah ada isi halia ke tidak. Biasanya saya tengok pokok halia membesar lah jugak. Taktau ape silapnye.

Pokok cili yang sudah dipindahkan ke tanah. Ok jugak. Sekarang dah mengeluarkan hasil.

Pokok cili yang masih dalam pasu dari mula2 semai benih lagi. Yang tengah tu tumbang time hujan lebat hari tu. Terpaksalah guna batang penyapu yang dah nak buang utk menyokong pokok ni (nak cari ranting kayu taktau kat mane daaaa).

Pokok2 lain yg masih berada dalam pasu. Pokok limau nipis, limau purut dan daun kunyit. Daun kunyit makin subur sekarang ni tapi tak pernah guna pun. Suami saya tak suka masak lemak cili api @ apa2 masak lemak, jadi tak tergunalah daun kunyit tu (alasan bijak tak? padahal tak pandai pun masak gulai. ok jugak cik abe tak suka gulai2 ni). Nak masak rendang setahun 1-2 kali jelah. Siapa2 yg tinggal berdekatan dengan saya yg memerlukan khidmat daun kunyit, mai lah ambik kat rumah saya ni.



Friday, January 1, 2010

"010110"

...err... macam binary numbers jerk.. hehe..

Selamat Tahun Baru utk semua. Semoga tahun ni akan menjadi lebih baik drp tahun lepas. Insyaallah.

Nota tangan saya : Azam tahun 2010 hanya dok tersenarai dalam minda aje.:)

Blog Widget by LinkWithin