Wednesday, April 13, 2011

Kalau susu merudum...

... jgn panik, jgn gelabah.....
cari sebab kenapa, cari solution....
.... mungkin memerlukan milk booster? perlukan rehat? perlukan tido yang cukup?? jgn stress!


**tengah menanti alfalfa dr mommylyna.


**pam 10:29 hari ni-20 minit, 2.5 oz??? aduyaii....:(

Wednesday, April 6, 2011

Semua dah kena blok daaaa...

....... nak update blog mmg sah2 tak boleh laa kan kat ofis penjara+sekolah menengah ni, tp yg sangat2 ku kecewa ialah...
TAK BOLEH KOMEN DAAAAAAAAAAAA........
biasanya waktu rehat tengah hari kat ofis laaa saya jengah sana sini sbb kalau balik rumah mmg langsung tak sempat dah... + tido awal laa kan...
klik aje part komen... SEMUA KENA BLOK... aduyaiiiiiii...
ampeh sungguh..!!!
boring weiii.....
dan makin bertambh blog2 dlm list saya ni yg kena blok jugak... adeihhhhhh..
sabo ajelah...

Nota tangan saya : saya mmg suka tinggal jejak kalau jengah ke rumah org... biasanya laaa, tp tengok topik laa jugak kan...:)

Belian saham untuk akhirat...:)

Salam.......
**lama sungguh blog ni berehat.. :P

Kepada yg ingin membeli saham utk akhirat-menambahkan bekalan akhirat, bolehlah berbuat demikian dgn menyumbangkan sedikit harta duniawi anda utk pembinaan surau Indahpura, Kulaijaya, Johor.

Akaun Bank - Affin Bank Berhad
Nama Akaun - Surau Indahpura
No Akaun - 105540000216

Nota tangan saya : Sekiranya ada yg ingin tahu lebih lanjut mengenai pembinaan surau ini, bolehlah menghantar email ke lailasani@gmail.com. Saya akan panjangkan ke pihak yg lebih mengetahui ttg perkembangan pembinaan surau ini. Terima kasih.

Thursday, March 3, 2011

Model telekung cilik saya

Kepada sesiapa yang tengah mencari2 telekung utk dipakai sendiri mahupun dijadikan hadiah, bolehlah jenguk2 ke kedai kecil saya ye. Hanya model telekung kanak2 sahaja berjaya ditayangkan, model telekung dewasa tidak digalakkan utk ditayangkan di sini :P.

Layan gambar2 model yang mula2 sangatlah sopan........ setelah beberapa minit berlalu, model jadi lion daaa....:)
.......... dan akhirnya taktau telekungnya ke mana, nasib baik photographer tangkas!!




..... diselitkan juga gambar si adik yg meleleh2 air hidungnya. kesian si adik yang selsema beberapa hari dah... :(



Wednesday, March 2, 2011

e-Filing oh e-Filing

Yess!! Kali pertama dalam sejarah bekerja saya telah melunaskan hutang dengan pihak LHDN dengan begitu cepat. Tahun ni mmg alert betul2 dengan bayar2 cukai ni, sbb taknak ada kejadian gabra-gubra macam tahun lepas. Baru semalam LHDN bukak e-filing ni, hari ni saya dah hantar! Lega... dah tak perlu nak fikir2 lagik. Ada rejeki lebih, dapat laa lebihan2 duit yg dah dilaburkan. Kalau takde rejeki, terima ajelah ketentuanNYA. Rejeki kan DIA yang tentukan, jadi kena pasrah & redha.:)

Akhir kata, silalah bayar cukai sebelum tarikh tutup ye. Tarikh tutupnya adalah 30 April untuk org2 yang tiada punca perniagaan, sama je dengan tahun lepas.




Tuesday, February 22, 2011

.. bagaikan terputus nyawa dari badan...

 ... jantung bagaikan berhenti berdegup....
memangku damia yang lemah longlai tanpa sebarang reaksi, mata terbeliak, tangan kebiruan dan kadangkala mengalami kekejangan. air mata bagaikan tak dapat ditahan lagi tapi saya kuatkan hati memanggil2 nama damia. hanya mampu berdoa moga Tuhan panjangkan nyawanya sambil membasahkan seluruh tubuhnya.
itulah perasaan saya semasa melihat damia terkena sawan demam, pertama kali dalam hidupnya....
cemas, panik, sedih... semuanya bercampur baur. kekurangan ilmu ttg sawan demam dan pertolongan cemas semasa anak sawan membuatkan saya dan suami lebih panik. tidak tahu apa yang harus dilakukan. bukan tidak pernah membaca ttg sawan demam tetapi kurang prihatin. itu memang silap kami.  mujurlah saya ada pengalaman melihat bonda saya mengendalikan adik2 saya yang pernah terkena sawan semasa saya masih di sekolah rendah. yang saya ingat dan terbayang2 di fikiran adalah bonda saya mandikan dengan air sejuk. semasa damia terkena sawan, kami berada di dalam kereta, mujurlah ada sebotol air mineral yang saya beli sebelum keluar pada paginya. saya basahkan seluruh tubuhnya. sesekali ada respon dari damia tetapi damia tak mampu berkata apa2. hanya reaksi kesejukan. dan saya telah membuat kesilapan besar pada waktu itu. oleh kerana terdesak utk melihat damia sedar, saya telah memberi damia minum. saya melihat damia menelannya, hati saya sedikit lega..... tapi rupa2nya saya SILAP.
ADALAH SANGAT BAHAYA MEMBERI MINUM utk anak yg mengalami sawan. kemungkinan anak akan tercekik atau air akan masuk ke peparunya. SANGAT2 BAHAYA!! (ini saya google selepas kejadian) syukurlah tidak ada apa2 yang terjadi pada damia waktu itu.
kami terus menuju ke bahagian emergency dan waktu itu damia sudah separa sedar. damia mula menangis kerana kesejukan. ALHAMDULILLAH, syukur pada ALLAH. damia sudah sedar sepenuhnya. damia dimasukkan ke wad selama 2 hari 1 malam. sekali lagi saya terkejut kerana daripada hasil ujian makmal, damia disahkan positif influenza A. tetapi terasa lega bila doktor menasihatkan agar sentiasa monitor demamnya dan memberikan antiviral FLUHALT selama 5 hari. Alhamdulillah demam damia makin berkurang dan sudah semakin ceria. Moga2 damia cepat sembuh seperti sedia kala. Inshaallah.

Untuk mengetahui info lebih lanjut ttg sawan dan pertolongan cemas yg boleh dilakukan semasa anak sawan, bolehlah berkunjung ke sini atau sini atau ke blog DR AZWAN.

Nota tangan saya :
1-pendapat saya, setiap ibu bapa MESTI ambil tahu ttg pertolongan cemas utk mengelakkan panik sekiranya berlaku apa2 terhadap anak2. kejahilan saya tentang pertolongan cemas semasa anak sawan menjadikan saya sangat panik sewaktu kejadian.......
2-pastikan monitor suhu anak dan mengelap/membasahkan badannya dengan air paip @ air suam sedikit sekiranya anak demam (TETAPI JGN GUNAKAN AIR SEJUK @ AIS). ini adalah salah satu cara utk mengelakkan anak terkena sawan.

Wednesday, February 16, 2011

Kasih kita.......

16022007........

moga kasih kita kan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa..
moga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa, inshaallah.....


Sunday, January 30, 2011

hachi ka getsu buri!!

 hachi ka getsu buri inaka ni kaerimasu!!!!
dh 8 bulan tak balik kampung. tak tengok muka bonda.:(
saya sangat rindukan bonda... sangat2...!!
moga kejadian seperti ini tidak akan kembali kepada saya bila anak2 saya dewasa kelak.
takuttt.... org kata apa yg kita buat kat bonda/org akan kembali kepada kita suatu hari nanti...
mohon bonda ampunkan... mohon ALLAH meredhai...

hati sungguh tak sabar utk balik ke kampung.
moga perjalanan kami ke kampung dipermudahkan... moga adik dinie tidak memperdengarkan dendangannya... inshaallah.
Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

.........selamat bercuti...
selamat balik kampung kepada yg balik kampung. moga selamat sampai ke destinasi.:)

Tuesday, January 18, 2011

HAPPY BABY CONTEST *sticky entry sehingga 18 Jan*

 

Thanks Ealyie kerana menge'tag' saya... walaupun hampir nk tarikh tutup dah. Esok pkl 5 petang. Sibbaik sempat cek bila tarikh tutupnya.
Sesiapa yg nak join, sila ke link di atas ye. Hadiah2nya sangat menarik especially utk org2 yg menCDkan baby & bf baby.

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011


senyum dik, senyummmm...

NUR DINIE HAZIQA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 26/08/2010

Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011
 ..... ni bukan senyummm.. gelak.. sambil kontrol ayu gitu.. :)

NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 12/06/2008

Nama bonda mereka ialah NORLAILA ISMAIL.

Dengan ini, saya dgn besar hati ingin menge'tag' MUZLINA.:)

Wednesday, January 12, 2011

Adik dan kakak.......

...mama yang beria2, suka sangat nak pakaikan 2 beradik ni baju yang sama. Nasib baik jugak adik size L, kakak size S. Kalau tak, memang tak merasa laaa.... hihihi...
.. buat masa sekarang adik DAH boleh pakai baju 6-12 bulan, kakak MASIH boleh pakai size 18-24 bulan. :)






Blog Widget by LinkWithin