Thursday, February 23, 2012

Damia chan sudah sihat, adik dinie pulak ceriberi

Dugaan pengorbanan di hari anniversary kami yang ke 5..:)





Damia chan warded 1 hari selepas 5 hari mengalami 'ceriberi'. Disebabkan dah 5 hari tak berapa nak makan dan minum, doc mbuat keputusan utk menahan damia di hospital utk masukkan air dan monitor keadaannya. Saya pun redha sbb kat rumah mmg tak mampu nk suruh dia makan minum. Damia macam fobia nak makan minum sbb muntah beserta ceriberi beberapa hari.

Selepas 1 hari 1 mlm di hospital, alhamdulillah damia dah okay. Sangat sihat2, alhamdulillah. Ceria pun lebih daripada biasa...:)

Cuma sekarang ni adik dinie pula terkena jangkitan. Sungguh lemah keadaannya. Bekalan ubat memang dah ada tapi muntah2 dan 'ceriberi' nya belum berhenti. Sian si adik. Memang agak risau juga mama papa ni sbb adik dinie ni mmg tak pernah duduk diam, tapi sekrg ni banyak 'melepak' dan 'melepek'. Harap2 adik cepat sembuh.

Nota tangan saya : Mama DD juga terkena virus 'ceriberi' ni. Tak larat dah nak melawat encik TOI. Huhuhuhu.

Friday, February 17, 2012

5th Anniversary Giveaway sudah bermula......


Giveaway yang diwar2kan di entry ini telah bermula beberapa minit yang lepas. Disebabkan situasi anak2 yg kurang sihat, giveaway ni telah terdelay sehari selepas anniversary kami. Jadi tarikh tutup penyertaan juga telah dilewatkan sehari dr rancangan asal.

Silalah ke sini utk mengetahui lebih lanjut ttg giveaway ini. 

Selamat mencuba!!

Thursday, February 16, 2012

It's our 5th anniversary!!!




Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH....  dengan kurniaan pasangan yang masih setia bersama....
.....5 tahun menyulam kasih dan cinta...
.....5 tahun yang membahagiakan,
.....5 tahun yang menyakitkan,
.....5 tahun yg memberikan seribu-sejuta pengalaman,
.....5 tahun yang mematangkan kita....
dan 5 tahun inilah yg mengajar kita erti kasih sayang, erti pengorbanan...... 

moga kita akan terus saling 'melengkapi' dan terus kekal bahagia hingga ke syurga.... INSYAALLAH, AMIN.







........kalau nk tengok gambar2 5 tahun yg lalu, silalah klik album kat sini dan kat sini ye.:P

Wednesday, February 15, 2012

Giveaway : Julung2 kalinya

Julung2 kalinya saya menganjurkan giveaway... Jom join... InsyaALLAH hadiahnya adalah tidak mengecewakan.:)

Alhamdulillah syukur Ya Allah (2 hari lagi usia perkahwinan kami 'berumur' 5 tahun)...
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya yang ke-5 pada 16 Febuari 2012 ini, saya akan mengadakan '5th Anniversary Giveaway' yang menyajikan beberapa hadiah menarik. Giveaway ini juga adalah merangkap perasmian blog dan fanpage KenkouShoku yang baru ditubuhkan pada tahun ini. Alhamdulillah.

Nantikan terma dan syarat2nya yang akan diwar2kan pd 16 Feb ini di blog KenkouShoku.

Thursday, February 9, 2012

Dinie chan : 1Y 5M

Dinie chan yg bijak
Dinie chan yang pandai auta
Dinie chan yg pandai manja2kan diri
Dinie chan yg pandai posing
Dinie chan yg mudah mesra dengan sesiapa sahaja
Dinie chan yg sangat cepat belajar (terima kasih damia chan kerana cepat mempengaruhi adik)
Dinie chan sgt comey!!! :P

Maid cilik kami

Damia chan,
sangat rajin nk mengvakum sbb boleh main2 dgn vakum.... hehehe...
Syokkkk je dia bila papa bg 'tugas'..:)


Sunday, January 22, 2012

Macam-macam Damia chan

Lama tak membebel kat blog yang hidup segan mati tak mahu ni.. huhuhu. Memang blog ni takkan mati kalau tak didelete oleh blogspot, INSYAALLAH, sbb sayang bebenor dengan blog ni. Sebab? Sebab kat sinilah banyak bebelan2 ttg anak2 walaupun sekrg ni tak berapa nk banyak. Tapi tetap jadi kenangan, harap2 sempat laa nk tunjuk kat anak2 bila diorg dah boleh membaca nanti, INSYAALLAH.

Ni nak citer pasal puteri sulung saya ni. Makin lama makin panjang akalnya, makin pandai berkata2 walaupun pemalu dengan org yg tak dikenali. Kalau kat rumah tu mmg potpetpotpet ajelah kerjanya..

#Macam2 Damia 1 :
MAMA : Kakak, jom ambik gambar pakai telekung ni, mama nk mintak damia jadi model ye.
DAMIA : Alaaa, taknak laaa model,
MAMA : Pastu damia nak apa?
DAMIA : Nak CANTIKKKKKKK!!
MAMA : (Hahahahahha) Ok, ok......
DAMIA : (Sengih sampai telinga.)
Nanti mama terangkan MODEL tu apa ye damia chan.

#Macam2 Damia 2 :
MAMA : Kakak, mama nak masak kejap. Kakak pergi buat kerja rumah yang mama beli semalam tu. Nanti kita buat sama2 lepas mama masak.

DAMIA : Eh, kerja rumah? Mama cakap kerja rumah? (sambil gelak2).. Kerja sekolah laa mama, bukan kerja rumah...
MAMA : Aah, kerja sekolah laaa.... ok, kakak buat ye.
DAMIA : Apa lah mama ni...
MAMA : (aah, betul jugak ek kerja sekolah, kenapa kita panggil kerja rumah?)
homework <-- kerja sekolah yg perlu dibuat di rumah..... hohohoohoh...

Banyak juga pertanyaan2 damia chan ni yg agak mencabar minda. Kena banyak study utk jawab..:P





Friday, January 13, 2012

Diskaun hebat sepanjang Januari 2012!!

Silalah berkunjung ke kedai kesihatan saya di http://kenkoushoku.blogspot.com/ utk mendapatkan harga istimewa sepanjang Januari ini.



Monday, January 2, 2012

Blog/Kedai baru saya

Bismillaahirrahmaanirrahim....
Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG....

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas...
Alhamdulillah, tiba juga saat ini. Saat mengumumkan kedai baru saya di alam maya. Kedai yang diberi nama
KENKOUSHOKU.
Saya kini telah menjadi pengedar produk semulajadi SHAKLEE yang sah. Saya juga adalah pengamal tegar produk ini sejak setahun yang lepas. Walaupun masih baru setahun jagung, saya percaya produk ini adalah produk terbaik yang boleh dijadikan sebagai perisai utk saya menjaga kesihatan diri, anak2 dan keluarga, INSYAALLAH. Selebihnya saya serahkan kepada YANG MAHA ESA kerana setiap kita perlu usaha utk dapatkan yang terbaik utk diri kita.
Selamat berkunjung ke blog baru saya merangkap kedai ke 2 saya di arena maya.:)
 


Sunday, January 1, 2012

2012..

Selamat datang tahun 2012!!!

Blog Widget by LinkWithin