Tuesday, January 11, 2011

Saya sudah jatuh chenta dengan..

ini wrap....
syokkk mendukung adik, adik pun diammm je dok dalam kendong ni.
sebenarnya masa pregnant hari tu saya beli ring sling, tp tak berjaya nak kendong adik. maybe cara tak betul kot. nanti dah besar sikit mungkin boleh try lagi.
buat masa sekrang, saya mmg benar2 sudah jatuh chenta dgn wrap ni. cuma tempat2 yang panas tak sesuai laaa nk kendong ngan wrap ni sbb berlapis2 walaupun kainnya sejukkk aje. kain dia macam kain t-shirt gitu. lembutttttt!
sila abaikan lengan si penggendong yg montoks itu...:P 
nama wrap : moby wrap

Monday, January 10, 2011

Kakak vs adik

.......kakak kurang dari 2 bulan...
... adik 2.5 bulan...
**kredit utk encik papa... encik papa yg rajin wat nih...







Sunday, January 9, 2011

si bolat saya....

 muka bolat, mata bolat, idung bolat?

sama kan? pandai kakak saya lukis... :)

Alhamdulillah, bukan encik rota yg menyerang damia


Alhamdulillah, damia berkampung kat wad 2 hari 1 malam je. Hasil ujian poo poo damia, bukan encik rotavirus yg menyerang. Tetapi virus yang tak glamer rupanya. Sekarang dah sihat walafiat, dah boleh lompat2 dah. Thanks kepada semua yang mendoakan kesejahteraan anak kami. Alhamdulillah...


Thursday, January 6, 2011

Cepat2 balik rumah ye wahai cik damia



... Kakak damia warded sekrg ni. Suspected rotavirus.  Harap2 hari ni dah boleh balik rumah. Kami berdua kesunyian kakak & papa takde kat rumah ni.:(

Damia happy sbb ada bear!
tgk kartun...... heaven laa tu..
(^_^)V.. peaceee...
Senyum dpt teguk 100 PLUS...

Biasanya kami tak bagi damia minum... AIR PEDASH... :) Ni dapat minum sbb doc yang suggest...:)
Apa itu ROTAVIRUS?
Boleh refer kat sini.


Nota tangan mama : Bila hadapi saat2 macam ni, barulah lebih terbuka mata dan minda sikit yang anak2 ni perlukan 'perlindungan' kerana medical benefit yang company bagi utk anak2 adalah terhad sesangat. Especially bila dah kena share dengan adik. 


Friday, December 31, 2010

Sila acu cuba try wahai pemilik2 BM! Anda takkan menyesal punya

:P
Panjang title ambo kali ni.
Taknak cerita panjang2, kalau nk cerita mungkin entry ni akan dok dlm draft lagi 10 bulan. Dah lama dah nk pos yang ni. Tapi tak terpost sbb kononnya nk bercerita macam2. Sila layan gambar makanang2 yg terhasil  jelah ye. Resepi2 dari TTM dan mat gebu ni mmg tidak mengecewakan.:)
Sila terjah blog mereka dan gunakan keyword CALZONE, TUNA ROLLS & ROTI MANIS.

Calzone aka karipap gergasi mat salleh
Resepi dari sini.
Silalah berkunjung ke rumah TTM ye kepada sesiapa yang nak mencuba. Rasa? sedappp karipap gergasi ni. Kat atasnya tu saya letak cheddar cheese, saje taknak bagi nampak kosong sangat sbb takde brush nk sapu kuning telo. Nak guna sudu nti tak rata, tak cantek pulak kan? Hehehe... Nak makan pun mesti kena lawa jugak.:)

 taraaaaaa... dh masak...
 .. baru letak cheddar cheese kat atasnya.. dan masuk oven lagi.. kejap jee...
 ....... keratan rentass....... cheese meleleh2...:)
2 perisa.... sardin bercili padi (tekak melayu) dan sausage...

Next,
TUNA ROLLS
resepi dari rumah mat gebu. Memang gebus halus mulus rotinya.:)
Lama jugak dah try wat ni. Saya takde paper cup utk roti, belasah guna yg utk muffin je. Habis melekat roti2 kat situ. Leceh laaa sikit encik hubby nak makan. Ngeee...
Paper cup utk roti mahal jugak rupanya. Aritu dah usha2 tp tak beli pun.
  sebelum dibakar...
dah masak daaa...
dan ROTI MANIS
sedap roti manis ni. jenis padat tapi lembuttttttttttttttttt banget. Rasanya lemak2 gitu sbb letak butter buleh tahan banyak gak laaa.... Semua roti ni adalah tak sesuai utk org diet. Kalau diet yangyang yok cam saya, takpe.:)
hehehehe...

Nota tangan saya : Bil letrik bertambah rm30 bulan lepas gara2 BM nih... huhuhu


bb Dinie @ 4 months

 
Tarikh : 20122010
Berat : 5.8 kg
Tinggi : 61 cm
Lilit kepala : 41 cm

1-14122010 : Kali pertama berjaya meniarap. Masa tu tak bjaya pusing balik. Sekarang dh 4 bulan ni dh hebat dh. Pantang letak dinie akan terus buat golekan. Even dlm rocker pun dia nk meniarap. Dibedung pun dia boleh meniarap. Memang kuat dinie ni.


2-Suka buat buih2, sembur2 dan borak2.
3-Dinie ada ragam yg tsendiri, nk masuk 3 bulan dia byk melalaks bagaikan didera. Panik juga makpaknya. Mama siap google, siap tnya kawan2 cemana nk buat kalau bb melalaks sampai serak2 suara. Nak msk 4 bulan ni dinie bljr2 reject direct feeding plak, maybe jugak merajuk kalau mama lmbt nk bg dinie paipai. Walhal sebelum ni dinie mmg reject bottle feeding kalau kt rumah. Dgn dinie ni, mama papa kena ligat sikit berfikir sbb dinie ni byk tak sama ngan kakak dulu. Memang setiap anak tu berbeza, jadi makpak lah kena hebat & cepat sikit berfikir dan mbuat tindakan.
4-Tak suka baring2 sgt, asyik nk berdiri jer sekrg ni. Kalau duduk dlm rocker pun kepalanya asik nk tegakkk je. Kita yg tengok ni yg penat.
5-Suka MAKAN tangan. hihihi. Ubat plg mujarab utk adik buat ms ni.
nak makan tangan.. tp ade cawan.. makan jelah cawan.. heheheh

6-BB dinie ni ada citarasa tersendiri. Kalau nak tido, mesti kena tidokan terus. Tak boleh delay2, takyah nk sibuk2 susukan. Kalau tak, dia akan melalaks bagai nak rak punye. Mesti kena baca dgn tepat apa yang dinie nak.
7-Dah boleh pegang2 toys, barang2 kecik dah. Tapi selalu jatuh2 jugak. kakak damia rajin tolong ambikkan utk adik.

 .........mama n papa sangat sayangkan kamu wahai baby... jgn meragam2 lagi tau..:)

Thursday, December 23, 2010

Mari borak dengan budak kenit...

Sesi mari berborak bersama damia, si comel saya yg berusia 30 bulan++
KES 1
damia : mama, ni ape? 
mama : bear
damia : pandainyee... mama, ni ape? 
mama : bear
damia : pandainyeeee!! mama, ni ape? 
mama : bear
damia : ooo.. patutlaaaaaaa....
(ape yang patutnya nak oiiii)

KES 2
damia : mama, ni ape? 
mama : A
damia : pandai! mama, ni ape? 
mama : D
damia : bukannnnnn.. ABC!
mama : ok.. ok...
(iye kan ajelah nak... kang tak pasal2 damia nangis pulak...)

KES 3
mama : damia, jom mandi
damia : taknakkkk.... mia nak mainnnnn...
(adeihhh... mmg tak mudah nk pujuk dia sbb dah pandai berkata2 dengan hebat sekarang ni..)

KES 4
Damia tertengok drama apa ntah, tp ada sorang minah rebah sbb sakit kepala.
damia : nape mama?

mama : kakak jatuh
damia : jatuh ape?

mama : kakak sakit.
damia : sakit ape?

mama : sakit kepala.
damia : kepala ape?

mama : kepala dia
damia : dia ape?
mama : (blurrrrrrr) hahahahahhahahhaha...
kami same2 gelak sbb saya dh tak boleh jawab dah....







ni adalah aktiviti kegemaran damia semasa di rumah. kat rumah bbsitter pun mama bekalkan satu set crayon-buku-buku mewarna....

Thursday, December 16, 2010

oyabaka desu!!

 **maksud oyabaka? boleh refer sini atau kat sini.

 ........mama sangat berbangga dengan hasil seni damia.... mama dulu masa umur damia, 30 bulan hanya tau main2 je. tak reti pun pegang pen, errrr tak pernah pegang pen kot.
POTRET KELUARGA MIAMIA








 yeayyy!!! dh siapp...
 kami sekeluargaaaa....




nota tangan saya : cepat benar masa berlalu.......:(
Blog Widget by LinkWithin