Tuesday, February 22, 2011

.. bagaikan terputus nyawa dari badan...

 ... jantung bagaikan berhenti berdegup....
memangku damia yang lemah longlai tanpa sebarang reaksi, mata terbeliak, tangan kebiruan dan kadangkala mengalami kekejangan. air mata bagaikan tak dapat ditahan lagi tapi saya kuatkan hati memanggil2 nama damia. hanya mampu berdoa moga Tuhan panjangkan nyawanya sambil membasahkan seluruh tubuhnya.
itulah perasaan saya semasa melihat damia terkena sawan demam, pertama kali dalam hidupnya....
cemas, panik, sedih... semuanya bercampur baur. kekurangan ilmu ttg sawan demam dan pertolongan cemas semasa anak sawan membuatkan saya dan suami lebih panik. tidak tahu apa yang harus dilakukan. bukan tidak pernah membaca ttg sawan demam tetapi kurang prihatin. itu memang silap kami.  mujurlah saya ada pengalaman melihat bonda saya mengendalikan adik2 saya yang pernah terkena sawan semasa saya masih di sekolah rendah. yang saya ingat dan terbayang2 di fikiran adalah bonda saya mandikan dengan air sejuk. semasa damia terkena sawan, kami berada di dalam kereta, mujurlah ada sebotol air mineral yang saya beli sebelum keluar pada paginya. saya basahkan seluruh tubuhnya. sesekali ada respon dari damia tetapi damia tak mampu berkata apa2. hanya reaksi kesejukan. dan saya telah membuat kesilapan besar pada waktu itu. oleh kerana terdesak utk melihat damia sedar, saya telah memberi damia minum. saya melihat damia menelannya, hati saya sedikit lega..... tapi rupa2nya saya SILAP.
ADALAH SANGAT BAHAYA MEMBERI MINUM utk anak yg mengalami sawan. kemungkinan anak akan tercekik atau air akan masuk ke peparunya. SANGAT2 BAHAYA!! (ini saya google selepas kejadian) syukurlah tidak ada apa2 yang terjadi pada damia waktu itu.
kami terus menuju ke bahagian emergency dan waktu itu damia sudah separa sedar. damia mula menangis kerana kesejukan. ALHAMDULILLAH, syukur pada ALLAH. damia sudah sedar sepenuhnya. damia dimasukkan ke wad selama 2 hari 1 malam. sekali lagi saya terkejut kerana daripada hasil ujian makmal, damia disahkan positif influenza A. tetapi terasa lega bila doktor menasihatkan agar sentiasa monitor demamnya dan memberikan antiviral FLUHALT selama 5 hari. Alhamdulillah demam damia makin berkurang dan sudah semakin ceria. Moga2 damia cepat sembuh seperti sedia kala. Inshaallah.

Untuk mengetahui info lebih lanjut ttg sawan dan pertolongan cemas yg boleh dilakukan semasa anak sawan, bolehlah berkunjung ke sini atau sini atau ke blog DR AZWAN.

Nota tangan saya :
1-pendapat saya, setiap ibu bapa MESTI ambil tahu ttg pertolongan cemas utk mengelakkan panik sekiranya berlaku apa2 terhadap anak2. kejahilan saya tentang pertolongan cemas semasa anak sawan menjadikan saya sangat panik sewaktu kejadian.......
2-pastikan monitor suhu anak dan mengelap/membasahkan badannya dengan air paip @ air suam sedikit sekiranya anak demam (TETAPI JGN GUNAKAN AIR SEJUK @ AIS). ini adalah salah satu cara utk mengelakkan anak terkena sawan.

11 comments:

Nurul Izza said...

ya Allah.. betul2 memahami saat tu. risau takut semua ada.rs xde nafas pun ada. nasib baik sempat smpi.. sbb tu kalau anak demam suhu tinggi cepat2 kena g jumpa doc. risau betul kalau anak tiba2 jd mcm tu kan?alhamdulillah dh ok semua

yatie chomeyl said...

mujur x jadi gapo2 buruk ko damia. nok keno belajar jugop ni , berguno maso emergency kan kak. semoga damia sihat sokmo

Suliana said...

anak sy pun pernah kena sawan dlm keta juga.. bdn dia mengeras tiba2.. sy dan hasben pun panic juga time tu. nasib baik kejap je sawan dia dlm seminit, terus cari klinik & warded kat hospital 4 hari 3 mlm.. lepas kena sawan tu, everytime dia dmm mmg monitor je suhu bdn dia.. hope damia xde apa2 lepas ni .. take care..

ibuaiman said...

Lela, rasa panik itu memang normal, malah kalau kakitangan perubatan yang ada ilmu pun boleh panik bila berlaku kepada orang yang mereka sayang, rasa macam tak boleh berfikir, cn pernah dengar dari seorang nurse yang dia panik bila anak dia dpt febrile fits, lupa nak buat apa-apa yang sepatutnya...alhamdulilah Damia dah sembuh...yang paling penting jaga suhu semasa anak-anak demam supaya sawan dapat dielakkan, Insya-Allah....semoga damia tak akan dapat sawan lagi selepas ini dan semoga lela tabah dan bersabar atas ujian dari Ilahi. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Nur Sakinah Ahmad said...

kalau saya pon panik juga..camna boleh kena sawan demam ni? damia mmg dah ade demam sikit2 ke masa dlm kereta? risau sbb anak sy pon selalu demam2..thanks bagi link, blh gak belajar sebagai persediaan..

Normaliza said...

apa puncanya damia boleh kena sawan ye? risau juga kalau2 berlaku kejadian camni. kena juga ambik tau pasal ni..thanx ye bg link.

Moga damia cepat sembuh..

MuzZz said...

Alhamdulillah Damia dah sihat..kita sebagai ibu bapa mmg kdg2 alpa bila tkde perkara yang menimpa anak2..ore sendiri pun bkn tak pernah baca..baca gitu2 je..tp tak amik berat sgt..huhu..klu jadi kat diri sendiri..buntu gak tak tau nk buat ape...ape pun..tq for sharing! :)

en_me said...

ghitewww.. ehehe, salamm ziarah jerr

Unknown said...

izza,
mmg sangat2 takut dan risau. tambah2 sbb tak de pengalaman dan ilmu yg tak cukup.. huhuhu... alhamdulillah dah ok skrg ni, tp dok berjaga2 jugak laa...

yatie,
alhamdulillahh... thanks yatie... inshaallah...

suliana,
ouhh.. seminit eh... cepat dia... damia aritu rasanye 10-15 min jugak kot. tp doc ckp wpun 15 min je, makpak akan rasa lamaaaaaaaaaaaa benda tu berlaku. sbb kita dok tgh panik n tertunggu2 bila nk pulih...

cn,
masa kejadian tu kan, mmg nk tepon cn jugak. tp hp lak tertinggal kat rumah. langsung takleh nk ctc kawan yg ada ilmu perubatan. last2 call mak... huhuhu... alhamdulillah damia dh ok, tp still ada perasaan takut tu...

kinna,
hmm... org kata kalau suhu tinggi sangat blh kena sawan demam ni. tp aritu ms follow up damia, doc ckp kalau perubahan suhunya terlalu mendadak. mcm dr 37 terus naik ke 39/40, kebiasaannya akan kena laa sawan tu... wallahua'lam. yg penting kalau anak demam tu, kena basah2kan badan selalu. saya ni dulu terleka jugak laaa sbb damia demam selalunya tak berpanjangan dan tak teruk. insaf... mintak2 tak terjadik lagik lepas ni..

nmaliza,
punca damia kena tu tak dapat dipastikan... huhuhu.. salah satunya cth spt komen yg saya jawab kat kinna tu...

muzz,
alhamdulillahhhhhhhh... takdok gappo2... mmmg takut giler time tu... huhu
pasni kena ambik tau betul2 pasal pertolongan cemas ni.

Unknown said...

en_me,
terima kasih kerana ziarah ke sini..:)
cantek2 gambo..

Anonymous said...

backlink tool 1 seo backlinks buy backlinks

Blog Widget by LinkWithin