Sunday, April 11, 2010

Sudah separuh perjalanan...


...adik damia... minggu ni 20 minggu, taktau nak cakap rasa cepat ke lambat. Tapi tinggal separuh perjalanan je lagi utk menanti adik damia melihat dunia. Lagi 20 minggu... mcm tak sabar menanti pun ade... dokidoki...


Nota tangan saya : ..... ramai kawan/akak/abg kat ofis cakap saya macam dah sarat, ada yg tanya "tunggu hari ke?", "bila bersalin, nampak cam dh tak larat je berjalan?"... ngeeee... wpun kekadang sy berjalan laju2 cam tak peknen punn.. hihihi.. ada lagi 20 minggu ye nk tengok saya kat ofis tu sblm sy cuti panjang...:P

Tuesday, April 6, 2010

Lari... lari... kita lari...

Saya.....
sangat suka berlari..
sangat suka berjogging...
dalam rumah pun jogging..
kat taman pun jogging...
paling saya suka kalau pergi hutan bandar...
luasnyeee...
saya boleh lari sesuka hati...
mama & papa pun tak risau saya langgar meja ke, langgar cabinet ke...
saya BEBASSSS........
kalau boleh setiap hari saya nak berlari2 di hutan bandar..
kat hutan bandar saya boleh bagi ikan makan jugak...
tapi mamapapa selalu balik lambat kalau hari kerja...
takpelah..
hujung minggu je pun ok lah...
hari biasa saya lari2 dalam rumah jelah...
rumah saya kan macam padang bola... :))
khusyuk tabur makanan ikan...
... tapi semuanya berterabur atas kaki mama jee...
1-2-3-4... pumping fesyen baru ye adik2...
 lari.. lari... kita lari...
 lari lagi... lagi laju....
 eh... mama tertinggal kat belakang pulak...
cepat laaa mama...!!! lari laju sikit... hehehe
ok.. takpe.. takpe mama, sy lari gi kat mama yee...
huh... penatnyee...
rehat jap yeee.....

pengakuan ikhlas lagi jujur,
damia-feb2010

Monday, April 5, 2010

Update : Mak yong & adik damia-19 minggu

Bila dah lama menyepi dari memblog ni, nak susun ayat yg 'cantik' sikit pun dah rasa cam kena fikir sampai 15 minit. Aih, makin bersawang laaaa blog ni.
**damia, mama hutang update pasal damia dah hampir 3 bulan... nti mama combine sume skali ye...

Ni nak update pasal adik damia dalam perut. Hasil check up 1/4 hari tu, alhamdulillah semuanya OK. Kencing kotor yg dialami sebelum ni pun dah tader. Alhamdulillah.. Ngeri juga mengingatkan pesanan doktor tentang penyakit kencing kotor ni. Sila jangan pandang enteng ye untuk sesiapa yang mengidap penyakit ni especially sekiranya anda mengandung. Antara kengerian yang saya paling ingat ialah :-
  1. Kelahiran bayi pra-matang sekiranya tidak dirawat.
  2. Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik sekiranya dijangkiti bakteria daripada penyakit kencing kotor ni.
Cara untuk mengubatinya ialah :-
  1. Minum air masak dengan banyak, paling minimum adalah 8 gelas sehari.
  2. Minum air barli.
  3. Makan ubat antibiotik/ubat untuk kencing kotor daripada doktor pakar sekiranya penyakit sudah ditahap kronik.
Untuk next check up, saya dikehendaki buat GTT. Apakah dia GTT?
GTT ialah GLUCOSE TOLERANCE TEST. Senang cakap nak cek sama ada saya ada diabetes ke tak. Untuk info yang lebih lanjut, sila melawat ke sini.

Terkejut juga saya bila diarahkan oleh doktor utk buat test tu sebab bila saya tengok urine test adalah NORMAL. Bila saya tanya doktor, beliau kata sbb ibu saya ada diabetes dan berat badan saya dah menjangkau XX kg (XX itu adalah rahsia ye.. i malu laaa, hehe)

Ok, tentang adik damia pulak. Sekarang ni adik damia dah gerak2 dah dan saya dah dapat rasa dah sekali sekala. Memang sangatlah mengujakan time 'rasa' pergerakan baby tu. Saya rasa semua ibu pun suka time ni sbb baru betul2 rasa kehadiran baby dalam perut.:) 
Plasenta masih lagi berada di bawah dan keadaan baby pun masih lagi dalam keadaan songsang. Moga2 bila dah sampai masanya, plasenta akan berada di atas dan baby berjaya junamkan kepalanya ke bawah, InsyaAllah.

Sunday, April 4, 2010

Yeay!! Dapat Sesi fotografi FREE!!

Alhamdulillah, kami menang GRAND PRIZE contest yang ini. Rezeki menyebelahi kami kali ni. Terima kasih kepada para juri dan penganjur iaitu KedaiGambarKami dan AiVee Emart.

Sesi photoshoot ini bakal berlangsung di Kluang, Johor pada Mei/Jun nanti, Insyaallah. Dah lama juga saya berhajat utk Kluang utk menikmati RAiLCOFFEE yang diwar2kan sedap tu. Jadi, di kesempatan sesi photoshoot nanti, dapatlah saya menyelam sambil minum air.:))
THANKS A LOT!!!!


Monday, March 29, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway

Jom kita join contest lagi. Mana tau kot2 ada rejeki kali ni. (Ouhh... harapan sudah semestinya tinggi menggunung)

Contest kali ni dianjurkan oleh Catlina bersempena ulangtahun yg pertama anak daranya e-ein. Syarat2nya tak susah sangat sbb tak perlu karang2 panjang2 pun. Just letak gambar babywearing anak sendiri aje. Anak org lain atau anak sedara atau anak patung adalah disqualified ye. :)
 Gambar yg menjadi pertaruhan untuk contest kali ni. (KATEGORI B)
NAMA ANAK DARA COMEL : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR : 12.06.2008

Jom kita cek dulu syarat2nya, takut nanti tak memenuhi syarat laks.

Kategori B:
1.Peserta musti ada blog sendiri jugak!Copy dan paste banner giveaway pada side bar blog anda. OK!
2.Buat satu entry khas tentang giveaway ini bertajuk: "Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway". Jangan lupa copy paste banner giveaway dlm entry tersebut. OK!
3.Since Mama E-ein sangaaaaaat suka pada babywearing, anda perlu upload satu gambar anda dlm aksi "babywearing" bersama anak anda, samada menggunakan ringsling, Mei Tai, pouch sling atau lain2 jenis material babywear moden atau tradisional.Upload gambar je, tak perlu story mori pasal gambar tu, unless u want to!Gambar baru atau lama2 , boleh aje!, tapi mesti anak sendiri, bukan anak orang mahupun anak patung!No limit bila tarikh anda amik gmbr tu ye?Dan juga no limit berapa umur anak anda sekarang.Janji gambar terang /clear!**Jangan lupa mention nama dan tarikh lahir anak ye..:) OK!
4.Tinggalkan permalink/link entry tersebut pada ruangan komen dan nyatakan anda menyertai Kategori B. OK!

Hadiahnya adalah sangat mengujakan hati iaitu :-
something from Snuggbaby.com! untuk KATEGORI B ni. 
Masih ada masa lagi ni nak join, JOM JOIN RAMAI2!!!!


Dah buat e-Filing ke?

Sesiapa yang belum hantar borang BE, silalah jgn gubra-gabra seperti saya, sebab tarikh tutupnya adalah 30 April 2010. Disebabkan kegabraan, sy telah selamat menghantar borang BE saya. Hehehe.. Saya ingatkan tarikh tutupnya 30 Mac 2010. Tapi ok jugak, taklah tertangguh2 nak hantar. Dah lama jugak siap isi, tp sebok nak cek betul ke tak. Hihihi...
 INFO CUKAI
Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi individu yang menerima pendapatan daripada sumber selain perniagaan adalah pada/ sebelum 30 April 2010. Sila gunakan perkhidmatan elektronik LHDNM(e-Filing dan e-Bayaran)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah ke sini.

Friday, March 19, 2010

KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest


Setelah sekian lama bersara dari menyertai mana-mana contest, hari ini (tarikh tutup hari ini ye, tgh malam nanti) saya nak mencuba nasib untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh KedaiGambarKami dan AiVee Emart.
AiVee Emart

Ini adalah gambar yang menjadi pertaruhan dalam contest ni. Gambar ini diambil semasa pembuat kitchen cabinet kami datang untuk ambil gambar hasil kerja diorang. Kami pun menyelitlah sama sementara kitchen tengah teratur tu dengan kerjasama photographer hebat kami iaitu 'sang tripod yang setia'.

Syarat2nya ialah :-
1.Add KedaiGambarKami and Aivee Emart in your blog list.
(Tambahkan KedaiGambarKami dan AiVee Emart dlm bloglist anda) : OK!

2.Add both of our blogshop banner with link in your entry and your blog side bar.
(Tambahkan kedua2 banner blogshop organizer dan sponsor beserta link dlm entry anda dan dlm side bar) : OK!

3.Create a special entry titled KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest.Put the contest banner above in your entry and your side bar.
(Buat satu entry khas bertajuk KedaiGambarKami-AiVee Emart Best Photo Contest.Letakkan banner contest dlm entry dan side bar) : OK!

4.Upload only one(1) best family photo to your entry.Describe the situation of the uploaded photo.Photos taken by professional photographers are not acceptable will be automatically rejected because we want to give fair chances to all participants.There are no limits of people and age for people inside the photo.
(Upload sekeping(1 shj) gambar famili anda yang terbaik/kreatif.Terangkan suasana dlm gmbr.Gambar yang diambil oleh jurugambar pro tidak dibenarkan.Tiada had bilangan dan umur orang di dalam gambar.)

5.OPTIONAL:Browse over KedaiGambarKami and AiVee Emart and describe us in your entry.(product,price, blog layout, delivery services, etc.
(Sila ke laman web KedaiGambarKami dan AiVee Emart serta terangkan mengenai produk kami yang anda tahu/baca/lihat-yang ni tak buat takpe, kalau buat lagilah dialu2kan...) : saya tak buat yang ni sbb tak pandai nk mengarang. huhuhu. hilang markah kat sini..

6.Leave a comment with ur entry link here(only participant with valid entry link are accepted) and state which state you are now.Only participants from Johor will be entitled to win the grand prize.(Tinggalkan komen anda di sini dan nyatakan di negeri mana anda tinggal sekarang.Cuma peserta dari Johor dan yang wiling nak datang ke Johor(Kluang) sahaja layak memenangi hadiah Utama-grand prize) : OK!

Hadiah2 adalah sangat menarik terutamanya GRAND PRIZElah kan. 1 hour photography session oleh KedaiGambarKami tu. Sape taknak kan?? Hehe.. Sesiapa yang ingin menyertainya, silalah melawat ke sini. Masih ada masa lagi ni. 2 jam dari sekarang.

Saturday, March 6, 2010

Reminder kpd pengumpul stamp GIANT!!

Tarikh tutup utk redeem KUALI/PERIUK adalah 11 mac ye kawan2. Jangan ada yg terrrrsimpan lama2 pulak. Konfiden je saya cakap kat encik suami, takpe... tarikh tutup adalah 31 mac. Tetiba tadi tergerak hati nak tengok pulak tarikh tutupnya... 11 MAC!!!
Saya sudah silap komen kat blog mrsimran.... mintak ampun ye mr imran (sbb mr imran yg beria2 dok kumpul stamp ni).. sibbaik belum terlepas lagi tarikhnya.

Aktiviti CNY II : Muhammad Zafran & Damia

Tarikh : 14022010

 
Ni che mat saya, baby dia nama zafran.
 Adik zafran, tengok kakak ni rajin baca buku tau...
 Adik zafran nak baca buku jugak ke?
 Adik zafran taknak?? Mai laaa kat kakak ni...
 Errkkk.. cemana ni?? adik zafran menangis laaa....
 Jangan laaa camni adik zafran, malu kakak damia tau...:P

Aktiviti jalan2 bersama keluarga adik saya. Ke mana lagi kalau bukan ke Jusco kan? Hehehe... Macam dah takde tempat lain pulak nak jalan2. Adik ipar saya berkeinginan nak ke Jusco Tebrau. Saya? Mestilah ok je kalau jalan2 shopping mall ni.:P

Papa damia pulak bz dengan photoshoot kawan seofis, Bro D dan keluarganya. Photoshoot ini adalah FOC memandangkan Bro D ni adalah customer CD Lunatots yg saya jual. Ops, lupa nak war2kan di sini. Penjualan CD Lunatots yg saya usahakan adalah mendapat kerjasama dari DAMIA DESIGN yang mana 
PELANGGAN YG MEMBELI PACKAGE 5 KEPING CD LUNATOTS YANG BERNILAI RM200 KE ATAS SECARA TUNAI AKAN MENDAPAT PERKHIDMATAN PHOTOSHOOT PERCUMA DARI DAMIA DESIGN SELAMA 1-2 JAM YANG BERNILAI RM50.
(Tertakluk kepada terma dan syarat2)
***Nanti akan diterangkan secara detail di entry yang lain ye... Kita sambung aktiviti CNY kami.

Pada malamnya kami buat BBQ kecil2an je. Lama jugak nk tunggu hasil2 BBQ sbb pemanggangnya adalah pembakar sate. Tak sesuai utk BBQ. Itu aje pemanggang yang ada kat TESCO, semua yg lain dh kehabisan stok. Al maklumlah CNY kan, ramai yg nak berBBQ kot. Bila dah siap tu, dah tak ingat nk ambik gambar sebab perut dah berkeroncong mintak diisi.

Menu sampingan adalah mashed potato yang first time saya try buat. Hasilnya, OKKAYY lah kata papa damia. OKKAY = SEDAP!! (Perasan sendiri) Tapi adik saya ckp, SEDAPPP!!! Oklah kot utk percubaan pertama, di sini saya share resepinya. Mudah dan ringkas je pun resepinya.
Resepi ni adalah disumbangkan oleh kekanda saya, KAK NGAH yg memang seorg CHEF serba boleh!

MASHED POTATO
Bahan2
Potato
Susu full cream
Butter
Garam
Black pepper
Keju mozarella (optional)
-Campurkan kesemua bahan ke dalam potato yg telah dilenyek. Kacau hingga sebati. Siap!!


SOS utk MASHED POTATO
Bahan2
2 s/besar butter
1 s/besar tepung gandum
2 cwn air @ chicken stock
Garam secukup rasa
Black pepper
1 helai daun bay (saya tak masukkan pun, lupa nk beli)
Sedikit kicap pekat utk warna
-Cairkan butter, masukkan tpg gandum. Kacau sehingga tepung masak.
-Masukkan air. Setelah mendidih masukkan bahan2 lain. Siap!!

SOS BLACK PEPPER (resepi ni adalah lbh krg dgn sos utk mashed potato cuma ditambah black pepper yg banyak je)
(Resepi asal adalah drp biras saya, Hanim yg juga pakar masakan!)
Bahan2
2 s/besar butter
1 s/besar tepung gandum
2 cwn beef/chicken stock (atau hancurkan 1 kiub beef/chicken stock ke dalam air)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Black pepper
Sedikit kicap pekat utk warna
-Cairkan butter, masukkan tpg gandum. Kacau sehingga tepung masak.
-Masukkan air. Setelah mendidih masukkan bahan2 lain. Siap!!

Untuk adik saya Mat, Dian dan Zafran, terima kasih kerana dtg jalan2 ke rumah kami ye. Jangan serik utk datang lagi tau.(^_^)V

***nota tangan saya : encik suami saya mmg malu2 kucing comeyl kalau nk puji masakan saya. tapi saya boleh tau laa sedap or tak bila dia mkn bertambah atau pun tak... hihihih... bagi si dia, OKKAY = SEDAP, TAK OK = terus ke tong sampah (kejam ke bunyinya? tp mmg pernah benar2 berlaku.. hahaha)

Monday, March 1, 2010

Doa semasa mengandung

Bismillahirrahmanirrahim.... 

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَم
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.
Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً
Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ
صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ
     وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْن
Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

**Ini adalah hasil menggoogle tapi saya lupa websitenya. Juga sudah disemak dengan buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi oleh Darulnuman.com.
Blog Widget by LinkWithin