Thursday, June 17, 2010

Damia's birthday celebration

Pertama2 sekali saya ingin memohon maaf sekiranya anda tidak mendapat undangan ke majlis sambutan hari jadi damia yang ke-2 ni. Ikhlas saya katakan, kalau ikut kehendak hati, saya memang ingin benar menjemput semua kawan dan org2 yg mengenali kami sama ada alam nyata atau alam maya. Tapi memandangkan kudrat kami yg hanya ada 1 setengah orang (encik suami dan makyong; makyong tak dapat bekerja sepenuhnya kerana peyut adalah sangat memboncet), tak dapat kami nak buat secara terbuka dan besar2. InsyaAllah ada rezeki di tahun2 hadapan, kami takkan lupa menjemput anda sekeluarga. Mohon maaf!! Hontou ni gomennasai. m(._.)m
(aih, terasa macam tulis surat pulaks....)

Alhamdulillah, 12-06-2010 yang lepas sambutan birthday damia selamat diadakan. Masa birthday yg pertama tahun lepas, kami sambut bertiga saja. Masa tu damia pun taktau lagi lagu birthday, ape itu birthday.. yg damia tau godek2 kek sampai lunyai.. :). Memandangkan tahun ni tahun last damia jadi anak tunggal, maka kami buatlah majlis kecik utk meraikannya. Tahun depan dan depan dan depan, mungkin akan share aje birthday party. Bukan sbb dah tak special tau tapi bolehlah berjimat sikit kan. Damia jangan kecik ati tau.. Damia tetap yang pertama di hati mama!! (adik juga adalah yang pertama kerana adik adalah anak kedua yg pertama, tak mungkin ada yang lain kan...)

Oklah, jom layan gambar pd hari tersebut.... layannnnnnn....
 birthday kek damia yang ditempah dari lijas (http://lieza-yummycakes.blogspot.com/)
decoration by papa damia, idea adalah dr mama damia jugak... (hehe.. mama mmglah takleh nk deco, takleh panjat kan...)
birthday girl bersantai dgn alvin dulu... taktik papa supaya tak kacau birthday cake-cupcakes...
rilexxxxx.... time ni tetiba tader letrik pulak, sbb tulah anak dara pakai bj dan seluar lubang2 ni...
birthday cake & cupcakes yg ditempah dari lijas
birthday girl nk bersantap dulu.... kalau tak, nti damia kacau yg lain...(ugutan dr damia..)
mama & anak dara 2 tahun. mata anak dara adalah tak lepas dr dok pandang mickey mouse...
dan lagi... merenung mickey mouse... geram nk ambik tp mama tak kasik.. kena tunggu kawan2 datang dulu...
yeayyyy,.... akhirnya tibalah masa utk potong kek.....
(errr... cemana buleh lupa nyalakan lilin comey tu... huhuhu)
birthday girl & 2 beradik yg aktif.irfan & aqil
yeayyy!! akhir dpt jugak cupcake mickey..
wajah birthday girl yg terpinga2 pun ade jugak... yg tengah kepeningan pun ye jugak.... 
birthday girl with mama & papa... irfan menyelit skali..
aacchuummmmmmmmmm...........
meleleh air idung... birthday girl tak berapa sihat sebenarnya.... tp alhamdulillah tak berapa merengek sangat....
tetap taknak berganjak dr meja kek.... geram nk pegang mickey kat kek kot..
masih melepak... wpun kawan2 dh tader kat meja kek...
sayang sungguh dia nk tinggalkan sang mickey...





lagi2 gambar lain, silalah ke sini.


Tuesday, June 15, 2010

Adakah mama yg silap ajar?

Cuba perhatikan betul2 gambar2 di bawah. Makanan apakah yang damia tengah makan sambil cicah air itu? CUBA TEKA!!! Siapa yang berjaya meneka dgn betul damia bagi hadiah flying kiss... hehehe..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah boleh teka ke? hehehe...
jawapannya ialah..... nugget cicah air masak.... makan dgn penuh selera... SEDAPPPPP katanyaaa...
ni mmg mama tak ajar ye, yg mama ajar adalah biskut/roti cicah milo. tapi ke'kreatif'an damia telah menghasilkan satu cara baru nak makan nugget dgn senang dan penuh selera.:)

Gestational Diabetes Test & check up 20/05/2010

Hasil daripada ujian GD (gestational diabetes) saya yg kurang memberansangkan spt yg diceriterakan di sini, maka 17/05/2010 hari tu, saya memaksa diri saya utk pergi buat blood test lagi kat sebuah klinik yg berdekatan dengan rumah. Blood test tersebut mestilah di ambil sbyk 4X dlm sehari dan syarat2nya ialah :-
  1. Before b/fast, keputusan : 5.7
  2. Before lunch, keputusan : 4.6
  3. Before dinner, keputusan : 5.1
  4. 2 hrs after dinner, keputusan : 7.6
Keputusannya adalah A! hehehe.. Alhamdulillah, keputusannya adalah OK. Tak de tanda2 GD. Syukur sangat2. Tapi diet org pregnant masih kena diteruskan sbb berat bdan dah terlebih sudaaa.....

Then 20/05 tu saya pergi check up dan doktor mengesahkan yang saya bebas dr GD. Takut weihhh kalo terkena GD ni sbb kebarangkalian kena operate adalah tinggi dan mcm2 lagi prosedur yg mesti dilalui sblm bersalin. Nauzubillah.. mintak dijauhkan.... Moga2 Tuhan permudahkan.

Nota tangan saya : Kantoi juga saya dengan doktor masa blood test ni, doc tau saya sangat berjaga2 dengan makanan pada hari ujian tersebut. hihihihihi

Saturday, June 12, 2010

Happy Birthday DAMIA!!!!

Tarikh : 12062010

Lilypie Second Birthday tickers

Genap sudah umur damia 2 tahun hari ini. Mama & papa ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2
Moga2 hidup damia dipenuhi dengan kasih sayang mama & papa sehingga akhir hayat kami, ...... kami sayangkan damia yang tak mampu kami umpamakan dengan apa2 pun di dunia ini...
...............moga damia jadi anak yg solehah, panjang umur, murah rezeki dan tak lupakan kami sampai akhir hayat damia...... INSYAALLAH-AMIN....
Damia-1st day
Damia-1st birthday, sambut sama2 ngan papa-fathers day
Damia-mendapat kuasa penuh comotkan walker n muka dengan kek icing semasa hari lahir yg pertama

** Gambar2 utk 2nd birthday akan diuplod kemudian, masih dalam studio encik papa...

Mari kita tengok perkembangan damia setelah berumur 24 bulan:-
  1.  Tengah gian dengan penggunaan perkataan APE(apa). Sikit2 APE.. APE.. sikit2 APE.. APE... hehehe... macam ala2 kepochi gitu. Kalau mama panggil damia pun, damia akan cakap.. APE.. APE... hehehe..mesti diulang 2 kali punye. Kadang2 nak tergelak mama dengar... hehehe
  2. Tengah addicted kepada PINPIN (upin-ipin), ALVIN (alvin and the chipmunks) dan EMON (doraemon).
  3. Sangat rajin membantu mama, masukkan kain dalam mesin, basuh botol sdiri (olok2 jelah, basuh brg2 dia yg kat dalam drawer kat dapur), selalu offer diri nk buangkan sampah dlm tong sampah, boleh buang diapers sdiri ke dlm tong sampah. Pendek kata macam2lah damia nk buat. Harap2 bila besar nanti pun maintain rajinlah ye.
  4. Dah boleh basuh cengceng sdiri, boleh mandi sdiri. Tapi dalam pemantauan mama/papa laaa.
  5. Suka cium2 dan peluk adik. Peluk perut mama laaa tu. Moga2 damia faham dengan kehadiran adik nanti.
  6. Apa yg mama n papa buat semua damia nak tiru. Sgt rajin nk ambik air sembahyang tapi tahu basuh muka, telinga dan kaki aje. Setiap kali mama ambik air sembahyang mesti damia nk tengok dan siap berlakon2 lagi.
  7. Dah faham dgn arahan 'tunggu sekejap' dan dah boleh guna jugak dah. Kalau mama panggil siap buleh kata, "jap.. jap" hehehe, damia ni ade je nak tiru mama bcakap ye.
  8. Sgt terror menggunakan perkataan WOW! dan AUWWW!! "wowww, cantiknyeee", "wowww!! banyaknyeee", kekadang tu tersasul jugak, damia silap penggunaan.. hehehe.. takpe, takpe, percubaan yg bagus. biasanya AUWW! AUWWW! damia selalunya sebut masa sakit jelah.
  9. Taktau dari mana datangnya loghat utara, GATAI = gatal, BANTAI = bantal, kalau nk kata dari bbsitter pun, bbsitter damia adalah org johor.

Tuesday, June 8, 2010

Adik damia & makyong on 29/04/2010 (23 wks)

Adik damia;
  • sihat2 aje, alhamdulillah...
  • kedudukan kepala di bawah, dh bersedia nk buat terjun tiruk kot.. hehehe
  • urinya di bawah, harap2nya akan naiklah ke atas sebelum 34 wks.
  • sangatlah aktif, tak duduk diam lam peyut nih....

Makyong;
Kena buat MGGT, spt yg diceritakan sblm ni test ni adalah utk mengesan sama ada makyong ada
gestational diabetes(GD) atau tak. Procedurenya adalah seperti berikut.
  • Start dr 10 malam sebelum buat test, mesti puasa. Boleh minum air masak tp dalam kuantiti yg sedikit sahaja
  • Test pukul 8 pagi, cek gula dalam darah. Masa ni keputusan adalah 4.7.
  • Kena minum air glukos yg teramatlah manisnya. Sangat2 manis!!! Jangan sampai termuntah sbb kalau muntah test ni dikira BATAL.
  • Jalan2 selama 2 jam (nk lepak pun buleh kot), masa ni masih belum boleh makan ape2. Air kosong je dibenarkan. Adeihh.... seksa juga menahan nafsu ni sbb ikot cik abe pegi sarapan. Sabo ajelah.
  • Lepas 2 jam kena test darah lagik, keputusan adalah 7.4.
Jumpa doktor, then doktor kata kena buat further testing (test secara intensif, cek drh dari
pagi sampai malam). Disyaki ada GD. Adeihh, panik jugak makyong kalau betul2 kena nih. Doktor kata sepatutnye keputusan selepas minum air gula tu adalah max 6.
Tapi ni dh 7.4, jadik kenalah buat test lagi. Nk bagi betul2 confirm ada diabetes @ tak.
Macam2 pantang larang yg doktor bagi. Tak boleh makan yg manis2 walaupun BUAH.... Ni pun satu hal jugak, amat menyeksakan kalo tak dapat mkn buah ni. Nasi mmg kena kurangkan... Susah jugak nk diet time pregnant ni. Tambah2 lagi 30hb tu balik kg. Mana boleh tak makan itu ini kan... Makan jugak tp
kurangkan kuantiti aje. Sgt terliur dengan durian kat Kelate, dahlah murah SEDAP pulak tu...

Seminggu lepas balik dr Kelate baru berani nk buat test secara intensif tu. Nti akan diceritakan lam
entry yg akan datang.

Nota tangan saya : GTT : glucose tolerance test, apakah dia MGTT? : makcik dah lupo laa...

Sunday, June 6, 2010

Lokchin?

Siapa tau apa itu lokchin? Atau dengan kata lain, ia adalah 'satey ikang' yg hanya boleh didapati di pantai timur sahaja (kalau saya tak silaplah) tapi kalau kat johor ni mmg tak pernah jumpa laaa...
Inilah rupa lokchin @ satey ikang tu, yang kononnya saya mengidam laaa sangat nak makan. Maklum tengok gambar kawan mkn benda ni ms diorg balik kg. Bila balik kg hari tu, saya tidak melepaskan peluanglah utk menikmati keenakan satey ikang ni.. SEDAPPPPPP!!!!! Tapi taklah sesedap masa zaman dulu2.... tapi sosnya yg pedas manis @ manis itu sangatlah menawan kalbu. Nyum.. nyum.. nyum...
Damia pun suka...
Percubaan mengambil gambar yg entah ke berapa kali nak bagi nampak menariksssss dan org kecur air liur melihatnya...:P
Masih lagi jual guna beskal, yg ni tak berubah dr zaman saya kanak2 dulu..
Sedap ni tauuuuuu.... Cubalah try...
Erkssssssss... ni wat muka ape taktau laaa....

First time jumpa pantai-pasir-ombak dan air laut

Baru berkesempatan nak masukkan gambar2 si kenit yang jakun dengan pantai-pasir-ombak dan air laut masa balik kampung baru2 ni. Papa n mama sangat happy bila tengok damia sgt2 happy melayan diri dgn pasir dan air laut. Kalau ada kesempatan, kami akan bawak damia ke pantai lagi ye.

Ye kawan2, saya mmg jakun dgn pasir yg begitu banyak ni....
Terbangkan pasirrrrrrrrrr...... tak kesahlah masuk dalam mata punn..
Terbangkan lagi....
Ok, jom kita rasa teksturnya pulak dgn meniarap ye adik2..
Damia kena tinggal sbb lame sangat dok main pasir.... mama tak sabar nk jumpa sang ombak
 
Mula2 takut tengok ombak datang.... takpe.. takpe... mama pegang damia..
Jumpa air je terus excited, hilang takut tu..
Bes rupanya main2 pasir kat pantai ni ekk..
Berani... siap buleh baring2 lagik..
Dussshhhhhhhh... ombak datang... telan laa jugak air masin 2-3 gelen... :)
Penat.. penatt.... mama, cejukkkkkk....!!

Lagi gambar2 di pantai, silalah berkunjung ke album mama damia ye..
Blog Widget by LinkWithin