Thursday, September 23, 2010

Mitos ciptaan saya tentang menyusukan anak ke-2

Saya memang silap. Mitos yg saya cipta adalah tidak benar sama sekali (dah namanya MITOS, mmglah TIDAK BENAR!). Saya fikir menyusukan anak ke-2 adalah lebih mudah dan tidak bermasalah seperti yg saya lalui masa menyusukan anak sulung 2 tahun yg lepas. Dlm fikiran saya, kononnya.....
  1. Susu cepat dihasilkan! Kalau dulu hari ke-5 baru ada susu...
  2. Tiada lagi bengkak susu! Dulu, hari ke-3 paipai (B) saya bengkak takboleh disentuh dan tak mampu nk menyusukan bb. Sakit banget!!!
  3. Tiada lagi cracked nipple! Sebulan lamanya menderita kerana tidak menggunakan apa2 cream utk sembuhkan. Natijahnya, sebelah paipai kurang efisyen!
Tapi.............
rupa-rupanya selepas melahirkan anak ke-2 baru2 ni, saya menghadapi perkara yang sama seperti proses saya menyusukan cik damia. Cuma kali ini, minda saya lebih bersedia, lebih berhati2 mengikut teori dan praktikal, alhamdulillah proses menyusukan bb dinie lebih lancar dan segala masalah dapat di atasi dengan cepat. Syukur YA ALLAH...

Utk masalah no 1 dan 2,
Saya rasa sepatutnya kena urut cepat2 sikit. Kali ni tukang urut saya tak available ms hari ke-3 selepas saya balik dr hospital. Hari ke-4 baru start urut. Satu lagi, carilah tukang urut yang benar2 'pandai urut susu'. Ini penting lebih2 lagi utk ibu2 baru. Kalau nak buat sendiri, tuam 'B' dgn tuala yg dicelup dengan air panas (AIR PANAS, bukan air suam ye). Urut/tuam sehingga ketulan2 hilang dan bila B dipicit, susu keluar.

Utk masalah no 3, saya gunakan cream. Memang yang paling selamat dan paling natural adalah menggunakan susu ibu itu sendiri, tp sekiranya 'luka parah', susu ibu adalah kurang membantu utk menyembuhkan luka nipple anda. Saya gunakan cream seperti dalam gambar di bawah.

cream yg WAJIB ada utk saya. mula2 guna yg cocoa butter tu, tp kesannya lambat sikit. cuba medela, mmg cepat dan sangat2 membantu. alhamdulillah kali ni sy dapat selesaikan masalah nipple yg crack tu dlm masa seminggu je.

Nota tangan saya : Masalah penyusuan harus diselesaikan secepat mungkin walaupun anda menganggap masalah itu teramatlah kecil.

6 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

lepas bersalin kali kedua, saya terus susukan amani. terer sikit compare ngn pengalaman sulung..

Unknown said...

aah.... sama.. sama... masa damia terus susukan jugak tp cam takut2.. pastu time tu spital ni belum rakan bayi.. mcm2 diorg dok takutkan.. ckp bb tak cukup susu laa.. mcm2...
alhamdulillah, bb dinie ni lebih berjaya...

CatlinaFly said...

huhu yo ko..maknanye ape yg berlaku pada kelahiran pertama leh jadik lagi eh...

tq for sharing laila

Unknown said...

bila tanya kawan2, diorg pun sama... yg dh berlaku tu tak semestinya tak berlaku...
cuma yg ke2 ni, alhamdulillah lebih dipermudahkan....
belajar dr pengalaman sdiri n kawan2 jugak..

samo2 iena

MuzZz said...

k.laila..yg medela tu bape ringgit..skang ni seriau je nk pam..kdg kat ofis pkai tangan je..huhu..

Unknown said...

rm49...
ms tu takdok yg kecik. cuba tanya aja, rasanya dh ada yg tiub kecik skang. yg orang punye ni nk jual tp dh ada org nak. sbb dh tak guna skang. pastu nk simpan sampai dini ada gigi pun takut expired pulok. so, org jual murah2.

Blog Widget by LinkWithin