Wednesday, December 16, 2009

Seminggu...

Diet saya hancusss sebab :-
  1. Jalan2 kat spore, takkan taknak merasa makanan kat negara org kan? Cheewah, mcm laaa luar negara sangat pun kan. Tapi KFC mmg berbeza kesedapannya. Lebih rangup dan berperisa gitu. Burger King tak beza sgt laa. SEDAP spt BK di Malaysia jugak. Semuanya ada certificate HALAL. So, jgn risau dan ragu2 ok.
  2. Pergi rumah saudara mara bersama2 MIL dan ipar duai. Takkan taknak makan kan? Nanti rasa bsalah plak ngan tuan rumah. Penat2 tuan rumah masak. Hehehe. 
  3. MIL dan ipar duai masak2 kat rumah. Setiap masa ada makanan beb. Tak baik laaaa tak makan. Penattt je diorg masak. (Seminggu diorg datang, seminggu jugaklah sy tak masuk dapur utk masak.) Tetamu yg dtg ni bukan calang2 tetamu. Macam tukang masak jemputan gitu... :) MIL mmg suke masak. Saya tlg2 potong2 hidang2 jer...
Nota tangan saya :
  1. USANA harus dilupakan kalo dh makan2 tak berapa ingat diri tgh diet tu. Kalo minum jugak berdouble2 laa plak 'naik' nanti kan..
  2. Adakah semua yg di atas adalah alasan?
  3. Sgt takut nak naik penimbang, baru semlm timbang. Belum naik lagik, still maintain turun 3kg.:)
  4. Dah start diet semula dah ni..:) GANBARU ZO!!!

    Sunday, December 13, 2009

    tak lucky pun....

    Baru je balik dr dinner company. Kami suami isteri ni mmg tak lucky langsung. Dari sekecik2 adiah hinggalah ke sebesar2 adiah LCD TV 42 inci tu kami tak dapat ape2 pun. Habuk pun tarak! Masuk langkah kiri agaknye tadi.:(
    Dapat laaa wat balik door gift aje. Oppss... perut pun kenyang laaa.

    Saturday, December 12, 2009

    Pengalaman menyusukan damia (6 bulan sehingga sekarang, setahun 6 bulan)

    Sambungan drp pengalaman menyusukan damia (0-6 bulan).

    Damia dah boleh start makan. Lega sikit hati saya bila mengenangkan stok ebm yang makin berkurang dan kadang-kadang tiada langsung. Pernah juga saya cuba-cuba untuk beli FM mengenangkan demand telah melebihi supply. Pening juga kepala saya untuk memilih susu mana yang terbaik untuk damia. Tetapi semuanya telah di’reject’ oleh damia. Jadi, mahu atau tidak saya mesti UPkan supply untuk kejar demand damia.
    Bermacam-macam jenis supplement dan makanan juga yang saya try. Saya pernah buat entry ttg cara saya meningkatkan susu ibu. Silalah ke sini dan ke sini untuk mengetahui secara detail.


    bekalan ebm damia

    Memang banyak dugaan dan cabaran utk terus menyusukan damia especially bekalan ebmnyalah. Damia jenis yg kerap menyusu juga walaupun dah makan bermacam2 jenis makanan lain. Kadang2 ada juga datang perasaan ingin give up. Tapi saya kuatkan semangat utk teruskan. Saya bernasib baik kerana kawan2 di sekeliling saya adalah orang2 yg menyokong kuat ttg susu ibu ni. Di kala saya hampir give up, mereka tak putus2 memberikan nasihat dan cadangan supaya mencuba itu dan ini. Dan hasilnya saya berjaya menyusukan damia sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, syukur.

    Sekrg umur damia mencecah setahun setengah. Dia masih enjoy menyusu. Kenapa saya cakap enjoy? Sebab saya rasa damia menyusu bukan kerana lapar sahaja tapi kerana dia mmg SUKA menyusu. Setiap kali saya nak susukannya, pasti sengihnya panjang lebar. Kadang2 saya rasa damia menyusu kerana :-
    1. Untuk mengisi masa lapang, kalau dah boring2 takde aktiviti tu. Nampak je saya pastu mulutnya akan menyebut, PAI.. PAI… (paipai ni sy yg ajar… heheheh)
    2. Untuk hilangkan rasa sakit selepas terjatuh atau terlanggar sesuatu. Tak hilang pun kan rasa sakit tu, maybe buleh kurangkan concentrate terhadap kesakitan tu.
    3. Boleh guling2 dan golek2 atas mamanya. Boleh mama peluk2 n kiss2.
    4. Saje2… pantang nampak mama dia baring/lepak2.




    Pengalaman menyusukan damia (0-6 bulan)

    Dah lama juga saya peram pengalaman saya ni. Konon nk tempek kat blog ni dh lama, tp asyik tangguh2 aje (kerja bertangguh mmg tak bagus!). Sy mohon maaf ye.
    Kepada adik2 dan kawan2 yg bakal menjadi ibu dan juga ibu2 di luar sana, yg baik jadikanlah tauladan dan yg buruk itu jadikan sempadan kay. Apa2 pun ini adalah pendapat saya ttg bfeeding melalui pengalaman yg hanya baru setahun jagung.
    Alhamdulillah syukur kerana sy diberikan nikmat menyusukan damia.

    Sejak damia masih dalam kandungan lagi saya menanamkan hasrat untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya. Saya kumpulkan pelbagai artikel daripada internet dan mengunjungi blog-blog serta ‘homepage’ yang menceritakan tentang susu ibu.
    Semasa melahirkan damia, saya berpesan kepada suami supaya memberitahu jururawat yang bertugas supaya tidak diberikan susu formula. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan damia walaupun hanya dengan beberapa titis susu (kolostrum laaa tu kan). Tetapi oleh kerana kekurangan ilmu dan ketegasan saya tentang susu ibu adalah kurang, akhirnya damia diberikan susu botol oleh nurse. Pada waktu itu hancur luluh hati saya kerana impian saya untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya bermula dengan KEGAGALAN.
    Pada minggu pertama hingga ke empat, damia minum susu ibu dan susu formula. Ini adalah kerana KEGAGALAN saya meyakinkan orang-orang di sekeliling saya yang susu ibu sahaja sudah cukup untuk damia. Walaupun saya tahu dengan mencampurkan susu ibu dan susu formula akan menyebabkan susu saya berkurangan, tapi saya merasakan saya tidak berdaya untuk mengatasinya. Pada masa yang sama saya juga mengalami kecederaan yang teruk di bahagian ‘nipple’ kerana mungkin ‘latching’ yang tidak betul walaupun beberapa kali dikatakan betul oleh jururawat bertugas yang datang melawat.
    Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah kekurangan susu yg disebabkan oleh :-
    1. Campur susu formula (bermakna kuranglah direct feeding)
    2. Pemakanan yg tidak dijaga.
    3. Stress
    Oleh kerana kekurangan susu, damia juga sering mengamuk semasa direct feeding. Ini adalah kerana saya telah memperkenalkan penyusuan daripada botol terlalu awal. Seawal hari pertama kelahiran. Menyesal tu memanglah menyesal tapi…… menyesal kemudian tiada gunanya kan?
      Walaupun saya menghadapi pelbagai masalah, semua itu tidak menghalang hasrat saya untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya. Saya bernekad untuk berusaha walau dengan apa cara sekalipun.
      Bermula dari minggu ke-5,
      1. saya sentiasa ‘monitor’ pengambilan susu formula dan susu ibu.
      2. saya pastikan mengepam setiap 2-3 jam sekali.
      3. saya sentiasa mengambil makanan atau minuman yang boleh merangsang pengeluaran susu ibu.
      4. saya sentiasa berfikiran positif yang saya BOLEH menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya.
      5. tiada perkataan SUDAH TERLAMBAT dalam minda saya. Yang ada hanyalah KALAU ORANG LAIN BOLEH, KENAPA SAYA TAK BOLEH?
      6. bertanya kawan2 saya yang mmg pro breastfeeding. Diorg mmg sangat membantu.
      7. menghubungi rakan-rakan blog yang memang PRO susu ibu. Yang saya paling ingat ialah Cik Fid. Saya dengan malu-malu kucing telah menghubungi beliau untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang pada mulanya terasa serba salah kerana Cik Fid ‘macam tegas’ gitu orang. Tetapi apa yang dinasihatkan oleh beliau mmg membuahkan hasil. TQVM to Cik Fid. Saya sangat2 terhutang budi dengan anda.
      8. menghubungi kumpulan sokongan susu ibu di kawasan saya.
      9. mencari bahan-bahan bacaan serta video tentang susu ibu dari internet.


      saya monitor setiap kali feeding damia. nampak tak byk sangat damia minum FM time ni? sehari 12 oz.


      6/8/2008-FM 0 oz. ALHAMDULILLAH

      Alhamdulillah, rintihan hati saya didengar Tuhan dan usaha saya membuahkan hasil. Pada minggu ke-8, buat pertama kalinya saya berjaya membekalkan ebm kepada (bukan menyusukan secara terus) damia sepenuhnya. Betapa lega dan puasnya hati saya tatkala melihat damia dapat disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Biarpun waktu itu saya masih menghadapi masalah ‘direct feeding’ yang mana damia akan mengamuk setiap kali sesi penyusuan. Damia lebih suka disusukan melalui botol kerana saya terlalu cepat diperkenalkan dengan botol susu. Tetapi istilah PUTUS ASA tidak pernah ada dalam minda saya. Akhirnya saya berjaya ‘direct feeding’ damia pada minggu ke-12 tanpa sebarang amukan. Alhamdulillah.

      **bersambung... part II
         

      Friday, December 11, 2009

      O**ai Bare-

      Ada ke patut tajuknya o**ai bare-. Jepun ni mmg
      • kreatif
      • mengarut
      • lu*ah... sgt2 ye!...
      **cerita kanak2 sekolah yg nakal tergila2kan o**ai. cerita ni ada unsur2 lawak2 je sebenarnya... hehe.. sambil2 godek2 blog sy tengok jugak. tp tak menarik pun. citer kanak2 sekolah... asyik2 o**ai.. asyik2 o**ai. taksub sungguh ngan o**ai!!! BAKA da nee...

      **sambil2 mgilap bhs jepun yg dh berkarat
      • uso tsuke
      • shinjirarenai
      • ganbaranakya
      • dan banyak lagi... sy tgk 15min pertama aje... dgr2 sayup kat ujung telinga.


      Kenapa USANA menjadi pilihan?

      **sambungan drp entry saya ttg usana yg ini.

      Reason kenapa saya memilih USANA utk program diet saya :-
      1. Sesuai utk org pregnant/bf. Usana sesuai utk org pregnant, sekaligus sesuai juga utk org yg menyusu. Saya kan masih menyusukan damia sekrg ni. **warning : jgn diet seperti saya sekiranya anda berniat utk menyusu sepenuhnya dgn susu ibu. Sy dah start campur susu formula sejak saya diet kerana penghasilan ebm amatlah terhad. Malam, damia menyusu sepenuhnya. Saya juga tak perlu risau sekiranya saya pregnant lagi semasa saya mengambil USANA ni. Kebanyakan pil diet/produk2 utk turunkan berat badan adalah tidak sesuai utk org mengandung. Tapi dengan USANA saya dgn senang hati mengambilnya setiap hari.
      2. Penambah nutrien. Saya kan tak makan nasi/ayam/daging dll yg boleh menambahkan lemak2 tepu dalam badan. Jadi USANAlah yg tukang tambahkan segala nutrien2 yg berkurangan itu.
      3. Senang/mudah dan cepat. Senang dan cepat nak prepare. Letak ribena (jus ape2 pun boleh)+air+USANA. Goncang2, boleh minum dah. Kalau kat ofis, sambil2 menikmati USANA sambil2 surf internet... syokkk!!
      4. Sedap. Sedap!!! Ini penting sbb kalau tak sedap, motivasi nk menelan tu pun kurang. Nanti sure takleh nk maintain kan. (jus2 yg dipilih utk buat usana ni terpulang kepada diri sdirilah nk campur dgn ape. Setakat ni sy suka campur dgn ribena)


      Sunyi sepi part II

      Rumah saya sungguh sunyi sepi malam ini. Senyap... MIL dan ipar duai dah balik dah. Damia pun tido awal pulak. Senyap sungguh.... :(
      Dah seminggu rumah saya riuh rendah dengan suara anak2 kecil dan mak2 dara serta nenek dara. Bila sunyi sepi macam ni, terasa rindu pulak. Huhuhu...


      Senyap sunyi

      Hampir seminggu blog terabai. Banyak benda yg nak dikongsikong bersama tp saya sungguh bz, bz tak sempat berblog sbb :-
      1. family encik suami mai jalan2 johor dan spore, melepak kat rumah kami, ade je masa free kat rumah tak habis2 borak... bila lagi kan nk borak2 sampai anak panggil2 mama... :)
      2. makan! makan! makan! (hancus diet weiii). Byk undangan makan2 dan jalan2 cari makan bersama family. Meriah sungguh!
      3. jalan2 singapore, wpun dh hampir 8 tahun dok sebelah spore ni, nilah baru betul2 pegi jalan2 spore. Kami pergi zoo spore dan orchard road. Plan utk ke sentosa island terpaksa dibatalkan sbb banyak tempat kat sana katanya baby kecit takleh masuk. Kalau dah pergi sana takkan nk jalan2 tepi pantainya saje kan?
      4. PC kena ikut turn. Biras2 tgh jaga kebun (farmville weiihh) mereka. Karang takut semua terbengkalai pulak setelah datang sini bercuti. (mmg setia sungguh depa ni menjaga kebun masing2)
      5. sy mls nk berjaga mlm. hehe. MALAS di situ... gomennasai.
      Nota tangan saya : Esok diorg semua dah nak balik. Nanti rumah ni dah senyap sunyi. Sedihnyee....:(


      Tuesday, December 1, 2009

      Update DIET bersama USANA

      Hari ni adalah hari ke-30 sy mengambil USANA. Keputusannya?
      Jeng je jenggggggggg......
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .
      Berat saya turun 3.2 kg. Yeay!! Happy sbb target 2.5 kg je sebulan.

      Tapi jangan silap faham ye wahai saudara saudari sekelian. Bukanlah ambil USANA, terus turun berat badan. Memang kalau tanya sesiapa yg berpengalaman pun, TIADA jalan singkat utk kurus sekiranya tidak melibatkan kos RIBUAN $$$.

      Apa yg saya buat ialah :-
      1. Minggu pertama : USANA 2X (pagi dan malam), lunch saya makan tp kurangkan nasi.
      2. Minggu ke-2 hingga ke-4 : USANA untuk lunch (utk jimatkan kos beli usana, huhuhu), sarapan pagi saya ambik cam biasa, mlm saya kurangkan makan atau mkn sayur/ikan shj (NASI mmg tak makan langsung atau ambil 2-3 sudu aje).
      3. Makanan yg saya elakkan ialah AYAM, DAGING, NASI dan SEAFOOD. Kalau teringin pun makan sikit aje.
      4. Exercise : swimming, squash, badminton (tp sepanjang sebulan ni baru gi beberapa kali jerk, belum boleh betul2 buat jadual lagi)
      Fakta yg mesti dipatuhi utk turunkan berat badan (versi Laila)
      1. Mesti berdisiplin, keazaman mesti tinggi. Kalau encik suami atau org2 tersayang yg memberi dorongan, lagi laaaa bersemangat.
      2. Lawan nafsu makan yg membuak2 tu. Setkan minda, SAYA TENGAH DIET!!
      3. Exercise wajib!
      SAYA YAKIN ANDA AKAN BERJAYA!!! Kalau tak percaya cubalah. :)
      **Ouh, saya juga kecundang dengan prosperity burger.:P

      Kenapa USANA menjadi pilihan saya?


      Kenapa saya memilih USANA? Tungguuuuuuu...... akan diceriterakan.

      ADAM dan AIDIL

      Ini bukan tentang nur kasih ye. Tentang anak saudara saya yg baru ini.


      AIDIL BIN SAMSULKAMAR
      27.11.2009-2.74 kg

      Mungkin hanya suatu kebetulan dgn cerita nur kasih. Anak saudara saya yg baru ini mungkin diberikan nama AIDIL (kerana lahirnya semasa AIDILADHA). Dan abangnya bernama ADAM. Cuma terbalik antara abg dan adik je compare to cerita nur kasih yg menjadi pojaan hatiku.
      Kekekeke... Sgt terpengaruh dgn cerita itteww....Kak ngah saya langsung tak tahu menahu pun ttg cerita ini, siap mintak sinopsis dgn saya macamana perangai ADAM dan AIDIL dlm cerita itu...:)

      Kesian si abang, ADAM yang seperti tak dapat menerima hakikat kehadiran adik setelah berumur 7 tahun. Walhal sebelum ada adik, dialah org yg paling excited bila dapat tahu mamanya mengandung.
      Kakak saya cerita, ADAM kata dia nak bunuh diri. Dia dah tulis surat utk adiknya supaya adiknya baca bila besar nanti. Mungkin kerana semua orang puji2 adik, semua take care kat adik, mama pun dah tidur dgn adik. Harap2 adam dapatlah memahami sedikit masa lagi.

      ***selingan..Semasa nur kasih ni tgh hot, AIDIL (FIZZ FAIRUZ) ni jadi tetamu kat HOTFM. Dia kata ramai makcik2 yg nak jadikan dia menantu sbb terpengaruh dgn wataknya kat dalam cerita nur kasih ni.

      Nota tangan saya : Saya ingat bila gap antara anak pertama dan anak ke-2 jauh, senanglah nk handle sbb abg/kakaknya sudah memahami dan boleh mendengar kata, tapi rupanya tidak. Mungkin lagi susah utk memahami emosi si abg yg terasa spt diabaikan. Moga2 kakak saya berjaya menangani emosi si adam.


      Blog Widget by LinkWithin